Banjir kilat Pontian: Tiga mangsa masih berada di PPS

Iklan
Petugas APM membantu mangsa di PPS berkenaan. - Foto APM Pontian

PONTIAN – Jumlah mangsa banjir kilat di daerah Pontian tidak berubah setakat jam 8 pagi Ahad apabila satu keluarga masih berada di surau Parit Haji Abd Rahman di sini, yang beroperasi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), setakat jam 8 pagi, tiada PPS baru yang beroperasi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir kilat melanda kawasan berkenaan pada lewat petang Sabtu.

Iklan
Iklan

"Setakat jam 8 pagi ini, PPS di Surau Parit Haji Abd Rahman berkenaan menempatkan tiga mangsa yang terjejas akibat banjir kilat tersebut.

"Merekai ditempatkan di PPS ini berikutan air parit yang melimpah masuk ke dalam rumah dipercayai akibat hujan lebat selama dua jam pada lewat petang,” katanya.

Rumah yang dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan pada Sabtu. - Foto APM Pontian

Iklan

Sementara itu, berdasarkan laporan daripada Jabaran Pengairan dan Saliran (JPS) Johor, Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun dan Sungai pulai di Kampung Ulu Pulai dilaporkan berada pada paras normal apabila masing-masing mencatatkan bacaan 3.79 meter dan 1.00 meter.

Dalam masa sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met-Malaysia) juga melaporkan tiada amaran bagi ribut petir di seluruh negara.

Iklan

Laporan cuaca juga menunjukkan cuaca cerah, setakat jam 8 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!