Netanyahu tolak gencatan senjata sehingga Hamas dihapuskan sepenuhnya

Iklan
Benjamin Netanyahu - Foto AFP

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus berdegil dengan mengatakan tidak kepada gencatan senjata kekal di Gaza sehingga Hamas dihapuskan.

Kenyataan Netanyahu itu sekali gus menimbulkan keraguan kepada cadangan gencatan senjata Israel yang disuarakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Netanyahu menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) Israel berkata bahawa syarat Israel untuk menamatkan perang tidak berubah iaitu dengan memastikan tentera Hamas dihapuskan, tebusan dibebaskan dan Gaza tidak lagi menimbulkan ancaman kepada Israel.

"Di bawah cadangan itu, Israel akan terus menegaskan syarat ini dipenuhi sebelum gencatan senjata kekal dilaksanakan. Tanggapan bahawa Israel akan bersetuju dengan gencatan senjata kekal sebelum syarat ini dipenuhi adalah bukan permulaan,” kata kenyataan itu.

Iklan

Kenyataan pada Sabtu itu dibuat kurang sejam selepas Biden memperincikan cadangan damai pada Jumaat, dengan Netanyahu menegaskan negara itu tidak akan menamatkan perang sehingga Hamas dikalahkan dan semua tebusan telah dikembalikan.

Oleh itu katanya, Israel akan pastikan syarat-syarat ini dipenuhi sebelum gencatan senjata kekal dilaksanakan.

Iklan

Ia mungkin tindakan paling kehadapan yang pernah dilakukan Biden dalam memberitahu Israel bahawa matlamat operasinya di Gaza sudah dipenuhi dan tiba masanya untuk menghentkan pertempuran.

Cadangan itu telah dialu-alukan di seluruh masyarakat antarabangsa. PBB, UK, Perancis, Arab Saudi dan UAE semuanya menyatakan sokongan terhadap cadangan Biden, manakala Qatar dan Mesir menyertai Amerika menyeru Israel dan Hamas untuk"memuktamadkan" perjanjian gencatan senjata yang dicadangkan.

Hamas dalam pada itu melihat cadangan Biden secara positif dan bersedia untuk menangani secara konstruktif dengan sebarang cadangan berdasarkan gencatan senjata kekal. - Agensi/Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!