Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti

Iklan
Ancelotti menjulang trofi yang dimenangi Real Madrid selepas menewaskan Borussia Dortmund dalam perlawanan UCL di Stadium Wembley, London, Britain, 1 Jun 2024. - Foto: EPA

KETUA jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, berasakan cabaran memenangi gelaran Eropah buat kali ke-15 awal pagi tadi lebih sukar daripada apa yang dijangkakan juara Sepanyol berkenaan.

Los Blancos memerlukan dua gol lewat permainan daripada Dani Carvajal dan Vinicius Junior untuk menewaskan wakil Jerman, Borussia Dortmund, 2-0 dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Wembley.

Iklan
Iklan

"Saya tidak pernah terbiasa dengannya kerana ia amat sukar, amat-amat sukar berbanding apa yang dijangkakan," kata Ancelotti kepada Movistar Plus+.

"Dalam babak pertama, kami kelihatan agak malas, kami kehilangan punca dan mereka (Dortmund) dapat bermain dengan cara yang mereka inginkan.

Iklan

"Tetapi dalam babak kedua, kami kelihatan lebih bagus dan lebih stabil dengan hanya sedikit kesilapan.

"Ini adalah impian yang harus diteruskan. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku malam ini tetapi kami tidak akan boleh tidur," katanya.

Iklan

Ancelotti menambah kepada TNT Sports:"Ia bagaikan mimpi tetapi ia realiti. Sudah pasti kami amat gembira. Perlawanan final sentiasa seperti ini.

"Kami dapat memenanginya. Ia musim yang luar biasa dan kami amat gembira dapat memenangi piala ini lagi." katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!