14 cedera dalam kemalangan bas di Jerman

Iklan
Gambar hiasan 123RF

BERLIN - Empat belas orang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di bandar Wismar, utara Jerman, kata polis pada awal Ahad, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

Dalam satu kenyataan, polis berkata seorang pemandu berusia 35 tahun dalam keadaan kritikal manakala penumpangnya cedera parah.

Iklan
Iklan

Kedua-dua kenderaan bertembung selepas kereta itu memasuki laluan bertentangan.

Pemandu itu dibawa ke hospital dengan helikopter.

Iklan

Menurut polis, penumpang berusia 31 tahun dan pemandu bas berusia 35 tahun yang cedera ringan turut dibawa ke hospital.

Seramai tiga penumpang di dalam bas cedera parah manakala lapan lagi cedera ringan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!