Islam belasah Poirier separuh mati di UFC 302

Iklan
Islam menumpaskan Poirier menggunakan teknik D'Arche Choke untuk menamatkan pertarungan dalam tempoh 2 minit dan 42 saat di pusingan kelima. Foto Agensi

ISLAM Makhachev mengukuhkan reputasinya selaku petarung pound for pound nombor satu di dunia selepas menumpaskan Dustin Poirier di UFC 302 pada Ahad.

Kemenangan itu menyaksikan Islam mengekalkan tali pinggang Lightweight buat kali ketiga berturut-turut.

Iklan
Iklan

Dalam pertarungan itu, Islam mendominasi Poirier di empat pusingan awal dengan cuba melakukan pelbagai teknik termasuk kimura untuk menamatkan pertempuran.

Namun, Poirier yang mendapat sokongan padu peminat termasuk bekas Presiden AS, Donald Trump pantang menyerah dan cuba sedaya upaya melepaskan tumbukan padu dalam usaha 'menidurkan' Islam.

Iklan

Di pusingan kelima, kedua-dua petarung menampilkan aksi epik namun Islam dengan pengalaman gustinya menjatuhkan Poirier sebelum melakukan D'Arce Choke (kuncian tangan dan kepala serentak) untuk menamatkan pertarungan dalam tempoh 2 minit dan 42 saat.

Selepas diumumkan pemenang, Islam memberitahu pengulas UFC, Joe Rogan bahawa dia sudah bersedia untuk beralih ke divisyen Walterweight untuk status juara berganda.

Iklan

"Joe, apa lagi yang saya mahukan dalam divisyen saya? Saya mahu tali pinggang baharu, kan bagus kalau ada yang baharu.

"Apa pun, pertarungan hari ini melangkaui jangkaan saya. Dustin berjaya menahan dirinya daripada 'take down' dan pujian harus diberikan kepadanya.

Islam menumpaskan Poirier di UFC 302 untuk mempertahankan tali pinggang Lightweight. Foto Agensi

"Dustin petarung yang hebat dan dia adalah legenda dalam sukan ini,” ujar Islam.

Sebelum ini, Islam mempertahankan tali pinggang Lightweight ketika dua kali berdepan Alex Volkanovski di UFC 284 di Perth, Australia dan UFC 294 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UEA).

Pertarungan di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) itu turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Numagomedov ke Oktagon.

Khabib yang bersara pada 2020 selepas kematian tragis bapanya, Abdulmanap akibat jangkitan Covid-19 berada di penjuru kem Islam bersama ketua jurulatih mereka, Mjavier Mendez.

Islam yang memegang rekod 26-1 dinobat juara Lightweigth buat kali pertama selepas menumpaskan raja divisyen tersebut, Charles Oliveira dalam UFC 280 di Abu Dhabi pada 22 Okotber 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!