KAJANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan saksi penting untuk kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 3 dan 4 Februari ini.
Menurut kenyataan media, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof memaklumkan, lelaki tersebut dikenali sebagai Aryawar Perumal berusia 62 tahun, alamat terakhir di Taman Desa Batu Caves.