RAMALLAH - Presiden Chile, Gabriel Boric pada Sabtu mengumumkan bahawa negaranya akan menyertai Afrika Selatan dalam tuntutan mahkamah terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Dalam ucapan kepada Kongres, Boric berkata:"Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.