MITI, MOTAC akan bekerjasama sokong eksport seni tempatan ke luar negara

Iklan
Tengku Zafrul - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyokong artis tempatan mengeksport produk mereka ke luar negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kerjasama ini boleh dilakukan melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Iklan
Iklan

"Dengan sokongan sewajarnya, kita boleh bantu artis kita memperluaskan industri mereka di peringkat antarabangsa dan ini akan turut membantu ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ARTCONOMICS, sebuah projek kolaborasi Persatuan Ekonomi Universiti Malaya dan Galeri Seni Universiti Malaya.

Beliau berkata, seni bukan sahaja tentang budaya, yang sering sukar diukur, tetapi juga tentang bagaimana industri seni boleh memacu ekonomi.

Iklan

"Sebagai contoh, kita boleh lihat negara lain seperti Korea Selatan, apabila industri seni berkembang dari K-pop hingga kepada makanan dan minuman, kita harus memahami bagaimana ekonomi dapat menyokong industri seni,” ketanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan