Ahli keluarga Zayn Rayyan 'kunci mulut'

Iklan
Kenangan indah Zahari menerima kucupan daripada arwah cucunya, Zayn Rayyan yang ditemukan maut di anak sungai di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada 6 Disember 2023.Gambar fail

PETALING JAYA - Ahli keluarga kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai enam bulan lalu 'kunci mulut' berhubung penahanan reman kedua ibu bapanya Allahyarham.

Datuk kepada kanak-kanak malang itu, Zahari Mohd Reba, 55, enggan mengulas lanjut berhubung penahanan anak serta menantunya pada masa ini.

Iklan
Iklan

Zahari berkata, penahanan anak lelaki dan menantunya itu hanya diketahui menerusi rakan yang bersamanya menjalani ekspedisi riadah hutan di Dungun, Terengganu.

Katanya, dia tidak mempunyai maklumat yang jelas berhubung penahanan mereka.

Iklan

"Buat masa sekarang saya tidak boleh ulas apa-apa sebab baru keluar dari hutan di Dungun, Terengganu.

"Internet juga tidak begitu kuat dan bagus di kawasan ini.

Iklan

"Saya hanya dimaklumkan berhubung penahanan itu (anak dan menantu) daripada rakan-rakan sahaja," katanya pada Ahad.

Zahari berkata, ahli keluarga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga dirinya pulang.

Tambahnya, satu perbincangan akan dilakukan bersama ahli keluarga lain.

"Keluarga saya tidak dapat keluarkan kenyataan buat masa ini, tunggu sehingga saya pulang," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!