Ahli perniagaan kempunan beli 7 motosikal, rugi lebih RM150,000

Iklan
Ahli perniagaan mengalami kerugian lebih RM150,000 selepas terpedaya untuk membeli tujuh motosikal jenis Honda 110 cc dan nombor pendaftaran pilihan di Facebook. - Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Mohd Hatta

SEREMBAN - Hasrat seorang ahli perniagaan membeli tujuh motosikal jenis Honda 110 cc tidak kesampaian apabila terpaksa menanggung kerugian RM179,376 selepas terpedaya dengan jualan motosikal dan nombor pendaftaran pilihan di Facebook.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Hatta Che Din berkata, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 49 tahun membuat laporan polis berkaitan modus operandi sindiket penipuan terbabit pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Dia bagaimanapun tidak menerima motosikal dan nombor pendaftaran pilihan seperti yang dijanjikan sebelum disedari ditipu serta membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya pihak yang menawarkan penjualan barangan secara dalam talian pada harga yang rendah.

Iklan

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan.

"Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!