'OKU dipukul boleh buat aduan kepada IPCC'

Iklan
Azalina

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang telah diwujudkan sebagai langkah alternatif selaras dengan komitmen kerajaan Madani untuk melindungi hak rakyat terutama golongan rentan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian susulan terdapat pihak yang meragui siasatan kes seorang anggota pengiring orang kenamaan didakwa memukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU).

Iklan
Iklan

"Bagi negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang seperti Malaysia, tiada sesiapa pun yang melebihi undang-undang dan konsep undang-undang memperuntukkan bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah,” katanya menerusi hantaran di laman X pada Ahad.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail atas titah pandangan serta saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain supaya pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes berkenaan.

Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa pada Rabu lepas berkata, pihaknya menerima laporan pada 1 tengah hari, Selasa oleh mangsa iaitu pemandu e-panggilan yang mendakwa telah diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

Mangsa yang berusia 46 tahun kemudian membuat laporan kedua pada 9.59 malam hari sama menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik dan tidak mahu memanjangkan kes.

Iklan

Berdasarkan laporan media, mangsa membuat laporan selepas dipukul ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields, mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!