Calon tidak duduki SPM berpeluang sambung pengajian

Iklan
Aznan (empat dari kanan), ketika majlis penutupan program Jom Masuk U 2024 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, pada Ahad.

BATU PAHAT - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian gara-gara tidak hadir menduduki peperiksaan tersebut boleh 'menebus' semula peluang berkenaan dengan mengikuti kursus kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, perkara berkenaan sedang disusun bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor terutamanya mengenai ruang dan peluang kepada calon-calon berkenaan.

Iklan
Iklan

"Di Johor hanya 901 pelajar tak ambil SPM, masih ada ruang di mana mereka boleh duduk dalam TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional).

"Di Johor ada kolej-kolej kemahiran seperti KKJ (Kolej Kemahiran Johor), KYPJ (Kolej Yayasan Pelajaran Johor) boleh dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar ini.

Iklan

"Kemudian boleh terus sambung ke IPT (institusi pengajian tinggi), peringkat Mara (Majlis Amanah Rakyat), cuma ada beberapa perkara kita perlu selesaikan macam berikan kaunseling supaya mereka nampak pendidikan itu penting dan boleh menjamin masa depan," katanya.

Aznan berkata demikian kepada pemberita setelah menyempurnakan majlis penutupan program Jom Masuk U 2024 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, Naib Canselor UTHM, Prof Dr Ruzairi Abdul Rahim dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Mohd Hanafi Samad.

Sementara itu Aznan menyifatkan penganjuran program Jom Masuk U kali ini bertepatan dengan keputusan SPM yang diumumkan Isnin lalu.

Katanya, program tersebut dilihat bakal memberikan peluang kepada lepasan SPM untuk melihat peluang-peluang melanjutkan pengajian ke beberapa institusi pengajian tinggi.

"Ini merupakan program kali ke-9 yang dianjurkan bagi memberikan promosi kepada anak-anak muda ke mana arah mereka selepas SPM.

"Hampir semua universiti ada buat promosi kerana ia bagus kepada anak-anak muda ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!