Johor rekod 423 kes jenayah komersial, rugi RM15.6 juta

Iklan
Kumar Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kes penipuan merupakan penyumbang tertinggi iaitu 373 kes atau 88 peratus sekali gus merekodkan jumlah tertinggi daripada keseluruhan kerugian yang dilaporkan tahun ini.

"Kes penipuan tersebut melibatkan belian dalam talian iaitu 101 kes, pelaburan tidak wujud (65 kes), penyamaran dalam talian atau ‘phone scam’ (42 kes), pinjaman tidak wujud (45 kes) dan lain-lain kes penipuan (42 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa jenayah komersial bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan, selain mendapatkan maklumat berkaitan modus operandi jenayah itu melalui akaun rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial @cybercrimealert dan @JSJK PDRM di Facebook, Instagram dan TikTok.

"Kita juga menyarankan agar masyarakat menggunakan talian CCID infoline dan perkhidmatan 'semak mule' sebelum membuat sesuatu pembayaran," katanya. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!