Suri rumah maut nahas tiga kenderaan

Iklan
Seorang suri rumah maut manakala enam lagi cedera dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di KM 76, Jalan Batu Pahat-Mersing di Kluang pada Ahad. Foto IPD Kluang

KLUANG - Seorang suri rumah maut manakala enam lagi cedera dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 76, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini pada Ahad.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Nik Mohd Azmi Husin, pihak polis mendapat maklumat mengenai kemalangan tersebut sekitar jam 3.45 petang.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda Civic 1.7L yang dipandu dari arah Kluang menghala ke Mersing telah hilang kawalan hingga masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan dua kenderaan pelbagai guna (MPV), jenis Proton Exora CVT dan Perodua Alza.

Keadaan Proton Exora, Perodua Alza dan Honda Civic yang terbabit dalam kemalangan. Foto IPD Kluang

"Kereta Honda Civic tersebut telah melanggar bahagian kanan hadapan Proton Exora dan menyebabkan Perodua Alza, yang cuba mengelak ke tepi jalan telah terlanggar pokok di tepi jalan.

Iklan

"Akibat perlanggaran itu, penumpang hadapan kereta Honda Civic tersebut, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala enam lagi mangsa mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Ence' Besar Hajjah Khalsom Kluang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!