Hospital di Arab Saudi siap sedia untuk musim haji

Iklan
Sebanyak 18 hospital dan 126 pusat kesihatan di Makkah dan Tanah Suci untuk menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dan bersepadu kepada jemaah haji untuk musim haji tahun ini. Foto Bernama

MAKKAH - Kementerian Kesihatan Arab Saudi melalui Kluster Kesihatan Makkah mengesahkan kesediaan 18 hospital dan 126 pusat kesihatan di Makkah dan Tanah Suci untuk menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dan bersepadu kepada jemaah haji untuk musim haji tahun ini, 1445H.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan bahawa kluster itu menyatakan bahawa hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.

Iklan
Iklan

Hospital Kecemasan Ajyad akan beroperasi 24 jam sehari untuk memberikan rawatan kesihatan kepada pengunjung dan jemaah di Masjidil Haram selain tiga pusat kecemasan di halaman masjid yang dilengkapi dengan peralatan canggih untuk menangani kes kecemasan.

Hospital Al-Haram juga telah beroperasi di halaman utara Masjidil Haram.

Iklan

Semua keupayaan telah dimanfaatkan untuk melatih kakitangan dan menyediakan keperluan yang diperlukan bagi memastikan kesinambungan kerja di semua klinik pesakit luar di semua hospital dan pusat kesihatan, kata Kluster Kesihatan Makkah.

Sebanyak 3,944 katil telah diperuntukkan di pelbagai kemudahan kesihatan, termasuk 654 katil untuk rawatan rapi, manakala 155 ambulans akan beroperasi sepanjang musim haji, katanya. - Bernama-SPA

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!