Zulkifli sempat hantar isyarat kecemasan kepada keluarga

Iklan
Allahyarham Zulkifli amat meminati aktiviti pendakian gunung. Gambar fail Kelab Jelajah Alpine Malaysia

KUALA LUMPUR - Allahyarham Zulkifli Yusof sempat menghantar isyarat kecemasan kepada ahli keluarganya sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Denali, Alaska.

Hal itu disahkan Pegawai Perhubungan Kelab Alpine Malaysia, Ayob Yahya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan itu dibuat semasa Zulkifli, 37, terkandas di kawasan berhampiran puncak Gunung Denali.

"Memang keluarga ada terima isyarat kecemasan tapi ia bukan secara terus, sebaliknya menggunakan sistem yang dihantar menerusi pihak ketiga.

Iklan

Katanya, ketika ini, wakil kelab sudah berada di Talkeetna, Alaska untuk membantu urusan membawa pulang jenazah dan dua lagi pendaki iaitu Muhammad Illaham Ishak, 47, dan Zainudin Lot, 47.

Allahyarham amat meminati aktiviti pendakian gunung dan keluarga juga memahami minat serta risiko minatnya itu.

Iklan

Zulkifli disahkan meninggal dunia pada 6 pagi Rabu, ketika dia dan rakan pendaki berlindung dalam gua salji di kawasan dikenali sebagai 'football field' pada ketinggian 19,700 kaki dari aras laut.

Jenazah Zulkifli selamat dibawa turun dari lokasi kejadian pada Sabtu dan urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!