EOCM, AADK perkasa anak muda bebas dadah

Iklan
Objektif penganjuran Exora Day 2024 adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pemilik Proton Exora.

BANGI – Seramai lebih 500 pemilik Proton Exora hadir bagi menjayakan Himpunan Exora SeMalaysia (Exora Day 2024) yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini pada Sabtu.

Program yang julung kali diadakan dan mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Menteri Besar Incorparated (MBI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan KL Audio itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Iklan
Iklan
Syahredzan (lapan dari kiri) bersama penganjur dan pemilik Exora yang menjayakan Exora Day 2024 pada Sabtu.

Presiden Exora Owners Car Club Malaysia (EOCM), Hezri Kusrin berkata, Exora Day 2024 diadakan serentak dengan Program Pemerkasaan Anak Muda Bebas Dadah Peringkat Negeri Selangor.

Menurutnya, program tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai pengunjung antaranya sukan ekstrem, permainan interaktif, forum serta pameran agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Iklan
Pengunjung melihat kenderaan yang menyertai pertandingan autoshow.

"Sebanyak 25 kategori pertandingan autoshow yang menawarkan hadiah berupa piala kepada lebih 100 pemenang turut diadakan.

"Lebih menarik, cabutan bertuah menawarkan hadiah utama berupa sebuah Proton Exora sumbangan penaja,” katanya ketika ditemui di UKM di sini pada Sabtu.

Iklan
Jajahan SRM Melaka memenangi hadiah khas peserta paling ramai hadir pada Exora Day 2024.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil; Pengarah Hal Ehwal Pelajar, UKM, Profesor Ts Dr Norinsan Kamil Othman dan Pengarah AADK Selangor, Nazir Mohamad.

Mengulas lanjut, Hezri menjelaskan, objektif utama penganjuran Exora Day 2024 adalah untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan pemilik Proton Exora.

Pelbagai aktiviti diadakan untuk pengunjung.

Sementara itu, Syahredzan dalam ucapannya berkata, program berkenaan berjaya mencapai objektifnya apabila berjaya mengumpul sejumlah besar pemilik kenderaan berkenaan di seluruh negara,

"Ia merupakan satu kejayaan dan membuktikan pengurusan tertingginya dapat berperanan besar memastikan kelab berkenaan terus relevan kepada ahlinya yang mempunyai seramai 6,000 orang di seluruh negara,” katanya.

Pemenang pertandingan autshow kategori terbuka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!