Selangor tawan Jakarta

Iklan
Pemain Selangor meraikan kejayaan menjuarai Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024.

[DIKEMAS KINI] SELANGOR FC melaungkan amaran awal kehadiran naib juara Liga Super 2023 itu di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bukan sekadar biasa-biasa apabila menjuarai Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024 pada Ahad.

Iklan
Iklan

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Jakarta itu, anak buah Mohd Nidzam Jamil menewaskan Persija Jakarta, 1-0 hasil tandukkan Alvin Fortes minit ketiga.

The Red Giants juga turut cemerlang apabila Fortes juga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir selain Ronnie Fernández dipilih pemain terbaik kejuaraan itu.

Iklan

Selangor mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Sabah 3-2 dalam perlawanan separuh akhir.

Selain Selangor, Persija Jakarta dan Sabah, kejuaraan empat penjuru itu menawarkan hadiah keseluruhan AS$30,000 (RM140,000) itu juga disertai satu lagi wakil Indonesia, PSIS Semarang.

Iklan

Ini merupakan trofi kedua kejuaraan empat penjuru dimenangi anak buah Nizam Jamil selepas muncul juara Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024 pada April lalu.

Sementara itu, Nidzam Jamil menyifatkan kejuaraan empat penjuru tersebut memberikan pengalaman menarik buat juara 33 kali Piala Malaysia berkenaan.

Malah pengendali berusia 44 tahun itu berharap penganjur akan menjemput The Red Giants lagi bagi penganjuran edisi selepas ini.

"Kejuaraan seperti ini sangat bagus, kita dapat pengalaman yang baik, malah kami juga selesa sepanjang lima hari di Jakarta.

"Kita juga berharap mendapat undangan lagi untuk kejuaraan yang akan datang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!