Takraw wajar ada stadium sendiri

Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Sabtu.

KEJAYAAN skuad sepak takraw negara meraih dua daripada tiga kejuaraan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 baru-baru ini, sewajarnya dijelmakan dengan pembinaan stadium bagi mengangkat martabat sukan itu ke tahap lebih tinggi pada masa depan.

Malah penganalisis sukan tempatan, Mohd Sadek Mustaffa menyifatkan idea pembinaan stadium takraw itu juga perlu seiring dengan penubuhan Akademi Takraw Malaysia (ATM) yang akan menjadi indeks petunjuk prestasi konsisten skuad negara.

Iklan
Iklan

"Saya percaya apabila terdapat sejarah kejayaan, barulah datang minat untuk orang datang melabur, malah barulah generasi muda berminat membarakan lagi kejayaan sukan takraw.

"PSM boleh mencontohi struktur model digunakan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dalam mengwujudkan akademi takraw. Pewujudan akademi ini akan merancakan lagi penubuhan kelab atau akademi takraw juga pusat satelit takraw peringkat akar umbi pada masa depan.

Iklan

"Malah fenomena Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias di Stadium Titiwangsa baru-baru ini sudah mula tidak hanya menarik perhatian generasi muda tetapi juga ibu bapa mengikuti sukan ini," katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Sebelum ini pengurus skuad sepak takraw negara, Datuk Abu Jimi Samat berpandangan bahawa sudah tiba masanya sukan tradisi yang mempunyai pengaruh besar itu memiliki venue sendiri.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Sadek melihat Cyberjaya sebagai lokasi sesuai untuk pembinaan stadium sepak takraw serbaguna berkapasiti 5,000 penonton lengkap pusat latihan moden bagi jangka masa panjang.

Tambah Sadek, ini juga masa terbaik barisan kepimpinan PSM melakukan pengukuhan struktur tadbir urus, pembangunan, perkembangan dan komersial.

"Ini penting bagi membolehkan PSM mengadakan jalinan kerjasama strategik dengan pihak berpengaruh seperti GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dalam merealisasikan pembinaan stadium yang tidak hanya fokus kepada penganjuran pertandingan tetapi juga menjana pendapatan persatuan.

"Kerjasama secara berterusan dengan universiti dalam dan luar negara yang menyediakan program sains sukan juga penting untuk research and development atlet dan sukan itu sendiri, selain kerjasama untuk pembangunan takraw di luar negara.

"PSM juga perlu merencana pelan strategik bersama ISTAF (Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa) bagi memastikan takraw dipertandingkan di Sukan Olimpik Brisbane 2032, dengan pengenalan di Los Angeles 2028," katanya sambil berharap pemegang taruh sepak takraw tidak terlalu selesa dengan pencapaian Kuala Lumpur 2024, sebaliknya melipatgandakan usaha memburu lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!