[VIDEO] 'Saya nak papa, mama' - Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak

Iklan

KOTA BHARU -"Saya nak papa...mama", demikian luahan Qaisara Damia Ridwan Effendy, 15, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di jalan Gua Musang - Lojing pada Ahad.

Qaisara Damia meluahkan perasaan itu semasa pengebumian kedua ibu bapanya iaitu Ridwan Effendy Yusof, 43, dan Suhana Khairudin, 37, di Tanah Perkuburan Islam Tunjong di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Tindakan anak sulung daripada dua beradik itu mengundang sebak kepada ahli keluarga, sanak saudara dan orang ramai yang menghadiri majlis tersebut.

Bagaimanapun, Qaisara Damia berjaya ditenangkan oleh ahli keluarga selepas berulang kali memanggil kedua-dua orang tuanya itu. Gambar kanan: Suhana bersama dua anaknya, Qaisara Damia dan Aqid Darwisi.

Bagaimanapun, Qaisara Damia berjaya ditenangkan oleh ahli keluarga selepas berulang kali memanggil kedua-dua orang tuanya itu.

Iklan

Ibu saudaranya yang merupakan kakak kepada Suhana iaitu Suhaida, 42, memberitahu, Qaisara Damia dan adiknya, Aqid Darwisi, 9, cukup rapat dengan papa mama mereka.

"Pemergian ini masih mengejutkan mereka berdua.

Iklan

"Setakat ini urusan penjagaan dua beradik ini akan kami bincangkan bersama keluarga belah adik ipar yang berasal dari Kedah," katanya kepada pemberita.

Menurut dia, Qaisara Damia dan Aqid Darwisi merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Mulong.

Jenazah pasangan suami isteri tersebut disemadikan dalam satu liang lahad pada jam 9 pagi.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang wanita yang sedang mengandung anak kembar enam bulan dan suaminya maut selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas di jalan Gua Musang - Lojing.

Dalam kejadian jam 9.35 pagi itu, Ridwan Effendy yang merupakan seorang tentera dan isterinya, Suhana meninggal dunia di lokasi.

Ridwan Effendy Yusof, Suhana

Bagaimanapun dua anak kepada pasangan yang maut itu mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, keluarga tersebut dikatakan dari arah Ipoh, Perak menghala ke Gua Musang.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Kia Rio yang dipandu anggota tentera tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh tembok longkang di tepi jalan.

"Akibat pelanggaran tersebut, anggota tentera terbabit tercampak keluar dari kereta," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!