Mohamad Alamin ketuai delegasi ke mesyuarat pertama Jawatankuasa JCC Malaysia-UAE

Iklan
Mohamad Alamin

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Mengenai Kerjasama (JCC) antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi pada 4 Jun.

Menurut satu kenyataan Kementerian Luar pada Isnin, penganjuran JCC ini adalah selaras dengan peningkatan hubungan Malaysia-UAE ke tahap Perkongsian Strategik sejak September 2022.

Iklan
Iklan

Mesyuarat pertama JCC Malaysia-UAE akan dipengerusikan secara bersama oleh Mohamad dan Menteri Negara UAE Ahmed bin Ali Al Sayegh.

Sebanyak 16 bidang kerjasama strategik antara kedua-dua negara akan dibincangkan termasuk pertahanan, perbankan dan kewangan, kesihatan, tenaga boleh diperbaharui, pendidikan, industri halal dan sains dan teknologi.

Iklan

Mohamad juga dijadual untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan. Perbincangan mereka akan tertumpu kepada hubungan dua hala Malaysia-UAE serta hal ehwal serantau dan antarabangsa, khususnya situasi di Timur Tengah dan di Palestin.

UAE merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat.

Iklan

Pada tahun 2023, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 5.4 peratus kepada RM39.63 bilion (US$8.67 bilion) berbanding RM37.6 bilion (US$8.53 bilion) pada tahun sebelumnya. - Bernama