Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi

Iklan
Mohamad Suparadi dilantik sebagai Pengerusi MPN Kelantan yang baharu.

KOTA BHARU - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tanah Merah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan yang baharu.

Perkara itu diumumkan oleh PKR Kelantan menerusi satu kenyataan media pada Isnin.

Iklan
Iklan

Sebelum ini Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad diberikan mandat sebagai Pengerusi MPN Kelantan.

Selain itu, Mohamad Suparadi akan bergandingan dengan Dr Shamsudin Ghani sebagai Timbalan Pengerusi MPN.

Perkara itu diumumkan oleh PKR Kelantan menerusi satu kenyataan media pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Mohamad Zamakhsari Ibrahim, Nik Lukman Nik Omar dan Mohd Shukri Ishak dilantik sebagai Naib Pengerusi.

"Saya berharap agar ahli Majlis Pimpinan Negeri Kelantan yang telah dilantik dapat bersama memaknai reformasi dan menjulang madani," katanya Mohamad Suparadi.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!