Juruterbang maut, pesawat bertembung ketika pertunjukan udara

Iklan
Foto tular mengenai insiden terbabit.

ISTANBUL - Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi, lapor Agensi Anadolu yang memetik agensi berita Portugal, Lusa.

Kemalangan itu berlaku di Pangkalan Udara No 11 di Beja, selatan Portugal yang menjadi tuan rumah kepada pertunjukan udara untuk meraikan ulang tahun ke-72 Tentera Udara Portugal (PAF).

Iklan
Iklan

PAF kemudian mengesahkan laporan itu dan berkata:

"Tentera Udara memaklumkan pada pukul 4.05 petang waktu tempatan (1505 GMT) di Pertunjukan Udara Beja, dua pesawat terlibat dalam nahas ketika melakukan demonstrasi penerbangan.”

Iklan

Ia berkata, pihak tentera udara memberikan perkhidmatan kecemasan,di bawah pelan kontingensi disediakan, yang dilaksanakan dengan segera.

Pihak media memetik sumber PAF yang mengenal pasti dua pesawat itu adalah pesawat latihan era Soviet, Yakovlev Yak-52 dan menambah juruterbang yang terkorban itu merupakan rakyat Sepanyol.

Iklan

Menteri Pertahanan Portugal Nuno Melo berkata, pihak tentera udara akan melakukan siasatan ke atas nahas itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!