Orang awam melakukan aktiviti lasak dengan mendaki dinding batu (Rock Climbing) pada cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika tinjauan foto Bernama di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves hari ini.
Taman Ekstrem Gua Damai, antara destinasi popular yang terdapat di pinggir ibu kota menawarkan keunikan dan pengalaman menarik bagi pencinta sukan lasak serta ekstrem.
Terletak di Batu Caves, Selangor ia juga menjadi tumpuan pelancong terutama yang teruja menyaksikan perayaan Thaipusam. Ternyata, Taman Ekstrem Gua Damai ini memberi sisi berbeza kepada pengunjung.