Hassan Karim luah kecewa menerusi sajak Pelaburan Genosid

Iklan
Hassan Karim

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menghasilkan sajak bertajuk ‘Pelaburan Genoside’ menerusi hantaran terkini dalam Facebooknya.

Sajak itu dipercayai berkait dengan perjanjian kerajaan menerusi Khazanah Nasional dengan Global Infrastructure Partners (GIP) yang melibatkan penjualan sebahagian equiti syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Iklan
Iklan

Menerusi sajak tersebut, beliau melahirkan kekecewaan dan kekesalan terhadap langkah kerajaan yang disifatkan seperti sudah hilang sifat kemanusiaan apabila bekerjasama dengan GIP iaitu berkait rapat dengan syarikat pelaburan BlackRock.

BlackRock menurut Hassan, mempunyai hubungan rapat dengan Israel serta memiliki pegangan dalam syarikat syarikat yang membekalkan senjata kepada tentera Israel.

Iklan

Berikut ialah sajak penuh beliau:

Iklan