Kantoi menyorok di bumbung

Iklan
Warga asing bertindak menyorok di aatas bumbung ketika Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor melakukan serbuan di rumah kedai di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada Isnin. Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU - Cubaan warga asing bersembunyi di atas bumbung gagal apabila dicekup oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor yang menyerbu tujuh rumah kedai di Taman Setia Indah dekat sini, pada Isnin.

Pemangku Pengarah JIM Johor, Mohd Faizal Shamsudin berkata, serbuan Ops Sapu dan Selera pada jam 12.01 tengah malam itu diadakan susulan aduan orang awam.

Iklan
Iklan

Menurut Mohd Faizal, dalam operasi berkenaan pihak imigresen memeriksa 45 warga asing dan tempatan serta menahan 26 warga asing.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 26 warga asing dalam serbuan ke atas tujuh rumah kedai di Taman Setia Indah Johor Bahru, pada Isnin. Foto JIM Johor

"Seramai 26 warga asing ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Iklan

"Mereka terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita warga Myamnar, seorang lelaki warga India dan seorang wanita warga Thailand masing-masing berusia antara 22 hingga 47 tahun," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Mohd Faizal, hasil serbuan mendapati sebuah rumah kedai turut dijadikan rumah ibadat bagi warga asing di kawasan tersebut.

Iklan

"Penjaga rumah ibadat yang merupakan warga Myanmar turut ditahan kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.

"Selain itu, sebuah restoran warga asing turut dikesan menjalankan operasi secara haram dan tidak memiliki lesen perniagaan yang sah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!