Claudia Sheinbaum dilantik Presiden wanita pertama Mexico

Iklan
Kemenangan Sheinbaum disambut sorakan para penyokongnya yang berhimpun di ibu kota. - Foto AFP

MEXICO CITY - Claudia Sheinbaum mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Presiden wanita pertama Mexico selepas keputusan awal jelas berpihak kepadanya.

Pihak berkuasa pilihan raya memaklumkan kiraan undi menunjukkan Sheinbaum meraih antara 58 dan 60 peratus undi sokongan menerusi Pilihan Raya Presiden pada Ahad.

Iklan
Iklan

Angka itu meletakkan beliau di hadapan pesaingnya yang juga wanita, Xóchitl Gálvez dengan hampir 30 mata peratusan.

Sheinbaum, 61, akan mengambil alih tampuk kepimpinan daripada mentor beliau, Andrés Manuel López Obrador pada 1 Oktober depan.

Iklan

Menerusi ucapan kemenangannya, beliau berikrar meneruskan kesinambungan dan membina 'kemajuan' pemerintahan terdahulu.

"Saya tidak akan hampakan anda semua,” katanya yang turut disambut sorakan para penyokong beliau di dataran utama Zocalo di ibu kota.

Iklan

Ketika menunaikan tanggungjawabnya, Sheinbaum secara terbuka menyatakan beliau membuang undi untuk veteran berhaluan kiri, Ifigenia Martinez yang berusia 93 tahun.

Hampir 100 juta daripada 129 juta populasi di Mexico layak mengundi pada pemilihan pada kali ini. - Agensi

Info

>Pernah bergelar ahli perniagaan dan saintis alam sekitar. Dikenali sebagai pemimpin haluan kiri yang berdedikasi dan sentiasa tenang meskipun ketika berdepan krisis.

>Beliau merupakan sekutu rapat kepada Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador.

>Sheinbaum pernah menghabiskan masa selama beberapa tahun sebagai penyelidik di California di mana beliau mengasah kemahiran berbahasa Inggeris.

>Beliau antara yang memegang peranan sebagai penulis Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan.

>Beliau memegang jawatan awam pertama sebagai Menteri Alam Sekitar Mexico City pada awal 2000.

>Pada 2018, beliau dilantik sebagai Datuk Bandar wanita pertama Mexico City. Jawatan itu dipegang hingga 2023 sebelum beliau berundur untuk bertanding jawatan Presiden.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!