ISLAMABAD - PAKISTAN. Saluran televisyen (TV) Pakistan mungkin tidak akan menyiarkan babak di atas katil dan aksi intim antara pasangan.
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (PEMRA) mengeluarkan amaran itu pada Selasa (8 Januari) menyeru semua saluran menghormati garis panduan media yang terdapat dalam negara ini bagi mengelakkan adegan itu menjadi gambaran sebenar masyarakat Pakistan.