Bomba selamatkan bayi terkunci dalam kereta

Iklan
Pasukan bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk membuka pintu kereta tersebut sebelum menyerahkan bayi itu kepada ibu bapanya. Foto hiasan

KOTA KINABALU - Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang terkunci dalam kereta di Jalan Gaya di sini pada Isnin.

Jurucakap JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.28 pagi tadi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.

Iklan
Iklan

"Sebaik tiba di lokasi, terdapat seorang bayi lelaki terkunci di dalam sebuah kereta. Pasukan bomba kemudian bertindak membuka pintu kereta yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas.

"Pasukan bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk membuka pintu kereta tersebut sebelum menyerahkan bayi itu kepada ibu bapanya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 11.44 pagi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan