Kelas mengaji terakhir, sebelum maut terbabit nahas tiga kenderaan

Iklan
Nahas tiga kenderaan yang mengorbankan seorang warga emas. Foto PDRM

REMBAU - Perjalanan pulang seorang wanita warga emas ke rumahnya selepas mengaji di Madrasah Bongek di sini berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 32.5 Jalan Seremban-Tampin pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Axia dipandu mangsa, Zahariah Shariff, 66, Proton Iswara dipandu lelaki berusia 49 tahun dan Proton Wira dipandu lelaki berusia 22 tahun.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Rembau menghala ke Tampin dan apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa disyaki hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Proton Iswara yang datang dari arah bertentangan.

Keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 32.5 Jalan Seremban-Tampin pada Isnin. Foto PDRM


Ujarnya, pemandu Proton Wira tidak mengalami kecederaan, manakala mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Iklan

"Pemandu Proton Iswara pula dibawa oleh pihak ambulans ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya yang memaklumkan mangsa beralamat terakhir di Kampung Lada, Chengkau, Rembau.

Iklan

Sementara itu Sinar Harian difahamkan, orang awam yang berada di lokasi cuba memberikan bantuan dan membuka pintu kenderaan mangsa sebelum mendapati ada beg di ribanya yang didalamnya ada al-Quran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!