Penuntut IPTA lemas ketika mandi dalam kolam ikan

Iklan
Pelajar IPTA ditemukan lemas selepas mandi di kolam ternakan ikan di tapak perkhemahan Aminah Rahmat Agrofarm di Segamat pada Isnin.. Foto hiasan

SEGAMAT - Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) di daerah ini ditemukan lemas selepas mandi di kolam ternakan ikan di tapak perkhemahan Aminah Rahmat Agrofarm di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa lelaki berusia 23 tahun itu pada jam 11.12 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa bersama-sama 16 lagi rakannya sedang menyiapkan tugasan Pemasaran Digital kawasan rekreasi dengan mempromosikan lokasi berkenaan.

"Kesemua mereka tiba di tapak perkhemahan itu jam 6 petang semalam. Mangsa yang sepatutnya keluar dari lokasi kejadian pada jam 9 pagi ini bertindak mandi di kolam ternakan ikan pemilik tapak perkhemahan itu bersama-sama empat lagi rakannya, jam 10.30 pagi.

Iklan

"Mangsa kemudiannya disedari lemas dan tenggelam oleh rakan-rakannya pada jam 11 pagi namun berjaya dijumpai semula 15 minit kemudian. Dia diberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Zamry berkata, mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Segamat untuk proses bedah siasat dan pihaknya akan meneruskan siasatan kejadian lemas tersebut menerusi Siasatan Kematian Mengejut (SDR). - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!