Bayi 17 bulan ditarik rambut, picit hidung ketika disuap makanan

Iklan
Mohd Zaid

KAJANG - Polis menjalankan siasatan berhubung seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang dipercayai menjadi mangsa dera di sebuah tadika dekat Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, laporan sebelum itu dibuat ibu kepada bayi itu pada 29 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ibu mangsa menyatakan ketika mengambil anaknya dari tadika berkenaan kira-kira jam 7.30 petang pada 28 Mei, dia dimaklumkan oleh pengasuh tadika bahawa anaknya telah diperlakukan dengan kasar oleh seorang pengasuh lain.

"Anaknya itu dimaklumkan ditarik rambut serta dipicit hidung ketika disuap makan sehingga mangsa mengalami sedikit kecederaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Iklan

Katanya, ibu mangsa kemudiannya bertindak tidak menghantar lagi anaknya ke tadika berkenaan selepas kejadian.

"Hasil pemeriksaan dan rawatan terhadap mangsa, pegawai perubatan mengesahkan anaknya mengalami kecederaan kecil tisu dalaman.

Iklan

"Selain itu, siasatan lanjut juga mendapati tadika terbabit beroperasi hampir tiga bulan tetapi disyaki masih belum mempunyai lesen pengoperasian yang sah," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati tadika itu mempunyai sembilan kanak-kanak serta tiga pengasuh.

"Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Siasatan lanjut masih dijalankan sebelum kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muaz Mazlan di talian 017-9788804 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!