MU halang Garnacho sertai skuad Olimpik Argentina

Iklan
Garnacho menjulang Piala FA bersama United musim ini. Foto Agensi

MANCHESTER United dilapor mengambil keputusan tegas melarang bintang mudanya, Alejandro Garnacho daripada menyertai skuad kebangsaan Argentina ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Media Argentina, TyC Sports mendakwa United enggan memberi lampu hijau kepada penyerang berusia 19 tahun itu menyertai skuad Bawah 23 (B-23) Tahun kerana bimbang penyertaannya di Olimpik nanti menyumbang kepada kecederaan dan menjejaskan kecergasannya menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

Difahamkan, Garnacho sudah menyatakan keingainannya menyertai Argentina ke Olimpik kepada pengendali United, Erik ten Hag.

Garnacho antara pemain yang mungkin disenaraikan ketua jurulatih, Javier Mascherano ke temasya terbesar dunia itu Julai depan.

Iklan

Difahamkan, acara bola sepak Olimpik berakhir pada 9 ogos iaitu seminggu sebelum sepak mula musim baharu EPL.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan