Bandar di utara Gaza diisytihar kawasan bencana

Iklan
Orang ramai memeriksa kemusnahan pada bangunan yang diserang tentera rejim Zionis Israel di kem pelarian Jabalia. Foto Reuters

PIHAK berkuasa daerah Palestin isytihar bandar Jabalia dan Beit Hanoon di utara Semenanjung Gaza sebagai kawasan bencana.

Menurut Ketua Jawatankuasa Kecemasan, Naji Sarhan, tentera Zionis memusnahkan 50,000 unit kediaman, rangkaian sisa kumbahan dan jalan raya.

Iklan
Iklan

Beliau menambah 35 perigi dan beberapa sekolah termasuk fasiliti diuruskan agensi PBB Palestin (UNRWA) juga musnah.

Ketika ini penduduk di utara Gaza tinggal dalam situasi kemanusiaan yang sukar.

Iklan

Sebahagian besar penduduk berdepan kekurangan makanan dan bahan api.

Sehubungan itu beliau merayu kepada PBB dan organisasi antarabangsa untuk segera campur tangan dan menghantar bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

Iklan

Sekatan Israel ke atas wilayah itu sejak 7 Oktober menyebabkan populasinya di ambang kebuluran, khususnya di utara Gaza, yang kini menjadi tempat perlindungan hampir 700,000 penduduk.

Bulan lalu Israel menawan pintu sempadan Rafah yang menjadi laluan utama bantuan ke wilayah itu.

Sehingga kini serangan Israel ke atas Gaza membunuh lebih 36,000 nyawa, majoritinya wanita dan kanak-kanak. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!