Dua cedera, van bawa 12 individu langgar lori simen

Iklan
Keadaan van yang terlibat dalam nahas di kilometer (km) 331 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, arah selatan. Foto JBPM Perak

TAPAH - Dua cedera manakala 10 lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan terselamat selepas van yang dinaiki mereka melanggar sebuah lori simen di kilometer (km) 331 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, arah selatan, awal pagi Selasa.

Kejadian yang berlaku jam 2.59 pagi itu menyebabkan seorang lelaki iaitu pemandu dan wanita, yang merupakan penumpang depan, cedera tersepit.

Iklan
Iklan

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, van jenis Toyota Hiace itu membawa seramai empat lelaki, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan Slim River dikejarkan ke lokasi.

Iklan

"Dua mangsa yang cedera dan tersepit masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an berjaya dikeluarkan.

"Didapati kedua-dua mereka cedera pada bahagian kepala dan dada.

Iklan

"Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan susulan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Operasi yang membabitkan seramai 12 orang anggota itu tamat sepenuhnya pada jam 4.04 pagi. - Awani