Syerleena mahu bawa cadangan perkasa karya seni tempatan ke Parlimen

Iklan
Tangkap layar video yang dimuat naik Syerleena menerusi TikTok pada Isnin.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid akan membawa cadangan berhubung isu pemerkasaan filem, lagu dan drama tempatan dalam perbahasan Parlimen nanti.

Beliau berkata, ia bertujuan mengangkat hasil karya anak-anak tempatan tersebut ke peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Sedih bila tahu hakikat orang asing tidak tengok filem kita, bukan sebab tidak berkualiti tetapi tidak mahu menyokong negara kita.

"Benda ini berlaku sejak dahulu dan senang kata sekarang ini cukup-cukuplah.

Iklan

"Ini pengajaran buat kita untuk tidak memberi peluang untuk drama, filem dan lagu asing masuk ke negara kita dengan mudah, sebaliknya kita perlu perkasakan hasil karya ini,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok pada Isnin.

Media pada Sabtu melaporkan, pengarah, Datuk Afdlin Shauki tidak terkejut filem bertajuk Sheriff gagal mendapat sambutan dalam kalangan penonton di Indonesia kerana agak sukar karya luar menembusi pasaran di negara tersebut.

Iklan

Afdlin, 53, berkata, selain semangat patriotisme yang menebal, bahasa juga menjadi faktor filem arahan Syafiq Yusof itu gagal di negara berkenaan.

Mengulas lanjut, Syerleena berkata, ia sesuatu perkara yang tidak adil apabila banyak filem dan hasil karya asing mudah bertapak dalam negara meskipun tidak begitu berkualiti.

"Negara-negara tersebut tidak memberi timbal balas yang sama pada kita, orang kata tidak adil.

"Jadi, saya berharap agar lebih ramai orang dalam kalangan pemain industri hiburan dalam negara kita dapat bersuara lantang berkenaan isu ini,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!