Pekebun sayur maut: Polis buru 'Deni'

Iklan
Yahaya (kiri) dan Laporan Sinar Harian
KUANTAN - Polis memburu seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Deni kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan yang menyebabkan kematian seorang pekerja kebun sayur di Tringkap, Cameron Highlands, 30 Mei lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan siasatan, polis tidak menolak kemungkinan suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu masih berada di sekitar Cameron Highlands.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca pergaduhan itu.

Iklan
Iklan

"Pergaduhan membabitkan tiga individu, dan seorang lagi mangsa turut mengalami kecederaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Selasa.

Iklan

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain.

"Pihak polis sudah mengesan majikan yang memiliki pasport suspek dan akan mengeluarkan gambar orang dikehendaki itu," katanya.

Iklan

Dalam kejadian 30 Mei lalu, seorang pekerja kebun warga Indonesia berusia 50-an maut manakala rakannya cedera dalam pergaduhan membabitkan tiga individu di tepi jalan kawasan Tringkap, Cameron Highlands.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, rakannya berusia 30-an dilaporkan cedera.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!