SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga jam 5 petang pada Selasa.
Cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah,
Iklan
Iklan
MetMalaysia turut memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!