13,846 guna kod QR di KSAB

Iklan
Laporan Sinar Harian. Ruslin (kanan).

JOHOR BAHRU - Seramai 13,846 pengguna telah menggunakan kod QR di pintu masuk Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Gelang Patah sejak Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, proses pengujian pemeriksaan Imigresen menggunakan kod QR untuk perkhidmatan bas dan motosikal di CIQ KSAB berjalan dengan lancar.

Iklan
Iklan

"Pelaksanaan pengujian ini telah mendapat maklum balas positif daripada pengguna di mana berdasarkan rekod, seramai 117,000 pengguna telah memuat turun aplikasi itu.

"Daripada jumlah itu, seramai 13,846 pengguna telah menggunakan aplikasi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Ruslin berkata, sementara itu, proses pengujian yang sama sedang berjalan di laluan penumpang bas di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Beliau berkata, JIM juga ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan pemeriksaan Imigresen menggunakan kod QR adalah dalam proses percubaan secara pembuktian konsep (POC) untuk tempoh tiga bulan.

Iklan

"Dalam tempoh ini, penggunaan kod QR hanya melibatkan warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas dan motosikal di CIQ KSAB serta perkhidmatan bas di CIQ BSI.

"JIM sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan kod QR di CIQ KSAB dan CIQ BSI adalah berjalan lancar bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura," katanya.

JIM memulakan pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR MyTRIP melalui aplikasi MySejahtera bermula Sabtu lalu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pengenalan kod QR di BSI dan KSAB akan menjadi 'game changer' dalam menangani kesesakan di kedua-dua pintu masuk Malaysia-Singapura.

Beliau juga berkata, dengan pelaksanaan kod QR, penunggang motosikal di BSI akan mengurangkan masa menunggu mereka, daripada 40 kepada 30 minit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!