Madu Kelulut

Iklan
Pengerusi Persatuan Pengusaha Lebah Kelulut Terengganu (PELEKAT), Abdullah Daud (kiri) bersama timbalannya, Mohamad Yunus Ibrahim (kanan) menunjukkan produk madu kelulut yang dijual semasa ditemubual di Terengganu Honey House hari ini.

Penantian 148 ahli PELEKAT untuk mendapat premis perniagaan sendiri akhirnya menjadi kenyataan dengan penubuhan Terengganu Honey House.

Terletak di Wakaf Tembesu, premis yang menjadi pusat jualan madu dan produk hiliran itu direalisasikan hasil bantuan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dengan peruntukan RM35,000.