Pemuda hilang selepas keluar mencari kerang

Iklan
Anggota bomba melakukan operasi pencarian di pesisiran pantai mengesan pemuda yang disyaki hilang selepas keluar mencari kerang di Pantai Tenglu Laut, Mersing.

MERSING - Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang di sekitar Pantai Tenglu dekat sini sejak Isnin.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mangsa Hafiz Nursalam Ahmad, 21, dikhuatiri lemas selepas tidak pulang ke rumah dan laporan dibuat keluarga mangsa pada jam 12.55 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Mangsa merupakan orang Mersing dan selalu mencari kerang di kawasan berkenaan.

"Keluarga mangsa ada mencari mangsa di lokasi selepas mangsa tidak pulang ke rumah, namun hanya menjumpai motosikal dan selipar mangsa," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah digerakkan melibatkan 48 anggota terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tambahnya, lapan buah bot turut digerakkan dalam operasi pencarian melibatkan kawasan laut dilakukan selain kawasan pesisiran pantai.

Iklan

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Mohamed Zainudin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kes terbabit pada jam 8.13 pagi ini.

Katanya, pasukan operasi membuat pencarian di sekitar pesisir pantai menggunakan bot bersama agensi lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!