China sedia pasarkan produk halal Malaysia - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (empat dari kanan) merasmikan Program Halal On Track 2024@Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - China memberikan komitmen untuk memasarkan produk halal Malaysia kepada 1.4 bilion penduduk negara berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peluang yang terbuka luas di negara tembok besar itu seharusnya dimanfaatkan usahawan tempatan.

Iklan
Iklan

"Dalam lawatan rasmi saya ke China pada 22 Mei lalu, Perdana Menteri China, Li Qiang dan Timbalan Perdana Menteri, Ding Xuexiang telah mencadangkan supaya pasaran produk halal Malaysia ini turut dipasarkan ke China.

"Kerajaan China melalui syarikat Fortune 500 dan syarikat lain di sana bersedia nak bantu pasarkan produk halal Malaysia kepada 1.4 bilion penduduk di republik berkenaan.

Iklan

"Produk halal bukan hanya sesuai dengan penduduk Muslim, namun kerana ramuan, proses dan kebersihan yang dibuat boleh diterima penganut bukan Islam di sana. China amat menyambut baik Malaysia sebagai peneraju halal antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Halal On Track 2024@Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) Johor Bahru, di sini, pada Isnin.

Iklan

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beberapa insentif termasuk pengecualian cukai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pembentangan Belanjawan 2025 Oktober depan.

Menurutnya, insentif terbabit akan menarik kemasukan pelabur dan melonjakkan industri termasuk industri halal di negeri ini.

"Salah satu insentif yang disuarakan Menteri Besar ialah 'tax holiday' (pengurangan atau penghapusan sementara cukai), saya fikir ia mungkin boleh dipertandingkan.

"Saya akan merujuk perkara ini kepada Perdana Menteri esok dan akan terus memanjangkan perkara ini, harapnya Perdana Menteri dapat mempertimbangkan inisiatif ini kepada pemain industri halal dan diumumkan pada Pembentangan Belanjawan 2025 nanti," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!