SPM 2023: Peratusan calon gagal BM, Sejarah menurun

Iklan
Wong Kah Woh menyampaikan sijil kepada pelajar dalam Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Tahun 2024 hari ini.

PUTRAJAYA - Peratusan calon gagal bagi mata pelajaran bahasa Melayu (BM) dan Sejarah pada tahun lalu menunjukkan penurunan dengan masing-masing mencatatkan 0.1 peratus dan dua peratus berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, calon gagal dalam bahasa Melayu menunjukkan pengurangan sebanyak 2.5 peratus manakala sejarah 5.6 peratus.

Iklan
Iklan

"Sekiranya kita nilai dari segi Gred Purata Mata Pelajaran ( GPMP) pula, kita capai satu peningkatan dari segi prestasi walaupun tipis.

"Pada tahun 2022 GPMP bagi BM adalah 3.95 peratus dan 3.86 pada tahun 2023 manakala sejarah memaparkan prestasi lebih baik iaitu 4.65 peratus pada 2022 dan 4.63 peratus pada tahun 2023," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Tahun 2024 di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Perak, Mutalib Uthman berkenaan jumlah pelajar SPM yang gagal dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut tahun lalu.

Mutalib mendakwa, seramai 23,775 pelajar SPM yang gagal dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Iklan

Tambah Kah Woh, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius mengenai perkara tersebut.

"Kementerian dan guru- guru tahu mengenai bahan sokongan baharu dan akan dimajukan dari semasa ke semasa.

"Kita percaya dengan usaha semua pihak kita mampu pastikan prestasi anak-anak dapat ditingkatkan," jelasnya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!