GERIK - Polis Perak telah mengambil tindakan terhadap pemandu bas yang memandu kenderaan dalam keadaan melulu dan berbahaya di Kilometer 33.4, Jalan Raya Timur- Barat di sini, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, kompaun berjumlah RM300 dikeluarkan ketika pemandu berusia 36 tahun itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.
Iklan
Iklan
"Kompaun dikeluarkan pada Ahad lalu di bawah Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana memotong dengan cara bahaya," katanya di sini pada Selasa.
Pada Sabtu, tular video memaparkan tindakan seorang pemandu bas ekspres yang memandu secara berbahaya ketika cuba memotong sebuah treler di laluan berselekoh serta bergarisan putih berkembar.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah membahayakan penumpang dan Syarikat Konsurtium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sudah menggantung tugas pemandu terbabit serta-merta.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!