Bukan sengaja makan daging babi dimaafkan - Mufti

Iklan
Laporan Sinar Harian. Mohamad Shukri (kanan).

SHAH ALAM - Hukum memakan makanan haram seperti daging babi tidak berdosa dan dimaafkan dalam Islam sekiranya perbuatan itu bukan disengajakan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perkara tersebut juga tidak memerlukan sebarang tindakan susulan sebaik mengetahuinya.

Iklan
Iklan

"Bukan sengaja, kalau tidak disengajakan itu dimaafkan. Benda sudah dalam perut hendak melakukan samak pun tidak boleh. Tidak mengapa, tak perlu buat apa-apa," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang penghantar makanan tersalah menghantar pesanan kepada alamat lain melibatkan menu berasaskan daging babi ke rumah individu beragama Islam.

Iklan

Lebih parah lagi apabila makanan 'tidak halal' tersebut telah dimakan oleh anak-anak mangsa sebaik menerima makanan yang dipesan oleh bapanya secara dalam talian.

Tambah Mohamad Shukri, penghantar makanan bertanggungjawab untuk membawa atau menghantar hanya menu halal sekiranya dia seorang Muslim.

Iklan

"Sekiranya membawa makanan haram bercampur halal, ia juga dikira terlibat perbuatan haram.

"Selain itu, orang ramai juga patut lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pesanan makanan secara dalam talian kerana mencari yang benar-benar halal itu wajib," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!