TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup beras, gula peket dan minyak petrol ke negara jiran selepas memintas sebuah bot kargo di kedudukan 0.6 batu nautika selatan Pelabuhan Tawau di sini pada Isnin.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot menuju ke Pulau Sebatik yang dikendalikan lelaki tempatan berusia 32 tahun itu dipintas bot peronda Maritim Malaysia ketika menjalankan Op Pluto Timur dan Op Tiris pada 3.40 petang.