ANKARA - Dua juruterbang terbunuh selepas sebuah pesawat latihan terhempas di tengah Turkiye, kata Kementerian Pertahanan Negara pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pesawat jenis SF-260D milik Markas Tentera Udara, yang berlepas dari Markas Pangkalan Utama Pengangkutan Udara ke-12 di Kayseri untuk latihan, terhempas atas sebab yang tidak diketahui, menurut kementerian itu dalam hantaran di platform X.