Tujuh pemburu ditahan miliki tiga senjata api, 18 peluru hidup

Iklan
Tiga laras senapang dirampas daripada tujuh lelaki yang ditahan selepas balik daripada memburu di Kampung Baru Dalam, Kluang pada Ahad.

KLUANG - Polis menahan tujuh lelaki tempatan kerana memiliki tiga senjata api tanpa lesen semasa pulang memburu di Kampung Baru Dalam dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tangkapan dilakukan penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama anggota Batalion Lima Pasukan Gerakkan Am (PGA) Simpang Renggam pada jam 4.55 petang.

Iklan
Iklan

"Semua lelaki berkenaan yang berusia antara 34 hingga 39 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam perjalanan balik daripada memburu.

"Hasil pemeriksaan pihak penguat kuasa menemui seekor binatang dipercayai kijang dan 12 ekor dipercayai ayam hutan yang sudah mati.

Iklan

Menurut Bahrin, semua yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing negatif pengaruh dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan enam sebatan jika sabit kesalahan.

Iklan

Kes itu juga ujar beliau, disiasat mengikut Seksyen 8 (A) Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali Jika sabit kesalahan.

"Semua lelaki yang ditahan itu direman selama lima hari bermula kelmarin sehingga hingga 7 Jun ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!