Pemandu e-hailing burukkan Islam, Malaysia kepada pelancong asing

Iklan
Tangkap layar video tular di media sosial.

SHAH ALAM - Seorang pemandu e-hailing dikecam pengguna media sosial kerana didakwa memburukkan agama Islam dan Malaysia kepada dua pelancong dari England baru-baru ini.

Berdasarkan video tular yang berdurasi lebih dua minit, lelaki bernama Henry itu mendakwa tidak adil baginya kerana rakyat agama lain diminta untuk mengikut peraturan-peraturan agama Islam.

Iklan
Iklan

Katanya, dalam video yang dirakam oleh pelancong asing tersebut, negara ini dianggap tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan.

"Mereka minta untuk kita ikut agama dia, itu tidak adilkan? Mereka tidak minum, jadi mereka haramkan semua minuman keras.

Iklan

Pemandu e-hailing itu turut mencadangkan pelancong berkenaan untuk mengambil visa dan terus bercuti di Thailand kerana ada pelbagai hiburan.

"Awak pergi Pulau Pinang, selepas itu boleh ke Langkawi, Kedah.

Iklan

"Selepas ke Langkawi, boleh ambil visa dan pergi ke Thailand,” tambah pemandu e-hailing itu.

Bagaimanapun, pelancong berkenaan memaklumkan kepada Henry bahawa mereka pernah ke Thailand 10 tahun lalu.

Video tersebut turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati kerana perbuatan Henry memburukkan negara dan agama Islam.

Kebanyakan pengguna platform X menyarankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan kerana dia dianggap memainkan isu 3R (agama, raja dan kaum).

Selain itu, ada sesetengah pengguna platform tersebut meminta kad pengenalan dan lesen e-hailing ditarik semula.