Penempatan haram warga asing, DBKL keluar notis roboh

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 28 Mei lalu.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penguatkuasaan tujuh hari terhadap struktur yang dibina di perkampungan haram yang dihuni warga asing di Sentul bermula 30 Julai depan.

DBKL dalam kenyataannya memaklumkan, sebanyak 28 struktur kediaman, satu struktur surau dan tiga kedai runcit milik bukan warga negara serta dua struktur kedai barang lusuh dan tiga struktur kediaman milik warga negara didapati berada di atas tanah tersebut.

Iklan
Iklan

"DBKL telah menjalankan tindakan susulan ekoran daripada serbuan yang telah dijalankan ke atas perkampungan haram bukan warga negara di Sentul," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu memberitahu, sebanyak 37 notis penguatkuasaan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(a) Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Iklan

Sinar Harian pada 28 Mei lalu melaporkan, serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan membongkar penempatan pendatang tanpa izin (PATI) di tanah milik kerajaan yang dilengkapi kemudahan elektrik dan air.

Penempatan haram itu dijadikan seperti di kampung halaman dengan bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakan selain mempunyai kemudahan kedai runcit sendiri.

Iklan

Susulan itu, JIM bekerjasama dengan DBKL bagi mengesan warga tempatan yang disyaki membina penempatan berkenaan serta menyewakan kepada warga asing.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!